cpd-2010 ccpi-2010 sisip-2010

kmc transmenu
Introduction
Membership
Services & Facilities
Contact Us
Ibfimbookshoppe

opacLinkImg

btnTrain

btnShariah

btnBAD



mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday172
mod_vvisit_counterYesterday701
mod_vvisit_counterThis week873
mod_vvisit_counterThis month5649


corpVidibfimNewsislamicFinanceNewsnicheColletionseminarPapers
publications bookshoppetranslationnetResource
Sistem agihan zakat mesti bermaruah

Source  :  Utusan Malaysia On-Line

Friday, 19 September 2008

By  :  Rahisam Ramli

 

KISAH penerima zakat di negara jiran yang berebut-rebut sehingga menyebabkan kematian 23 perlu dijadikan iktibar kepada kita semua. Sememangnya golongan miskin yang papa kedana ada di mana-mana, namun jangan sampai ia menjadi situasi yang sangat menyedihkan seolah-olah tiada ada pihak lagi yang hendak membela nasib mereka.

 

Kaedah agihan yang dilakukan oleh pengeluar zakat juga boleh dipertikaikan kerana adakah dengan cara yang tidak bermaruah itu akan menjadikan nasib si miskin lebih terbela?

 

Kita bersyukur juga kerana institusi zakat di negara ini menyumbang prestasi kutipan yang positif pada setiap tahun meskipun dalam keadaan ekonomi sedang gawat.

Sistem pengurusan korporat pusat zakat sememangnya menjadi model kepada negara lain untuk membuat kutipan yang memberangsangkan agar dapat diagihkan kepada asnaf yang layak.

 

Pada masa kini pengurusan institusi zakat telah membawa satu paradigma baru terhadap kepentingannya dalam program pembasmian kemiskinan.

 

Melalui projek-projek yang dilaksanakan oleh pusat zakat telah berjaya membantu golongan fakir miskin keluar daripada kepompong kemiskinan. Maka bertambahlah bilangan usahawan yang pada awalnya tidak berdaya mempunyai perniagaan tetapi dengan wang zakat dan latihan yang diberi mereka mampu untuk berdikari dengan membangunkan aktiviti perniagaan yang bersesuaian.

 

Malahan aspek agihan juga boleh dijadikan petunjuk prestasi mereka agar terus menjadikan sistem agihan lebih cekap dan berjaya membasmi kemiskinan sama ada di bandar atau desa.

 

Membasmi kemiskinan juga merupakan sebahagian daripada jihad yang wajib dilaksanakan. Golongan daif atau miskin mampu dibangunkan serta menjadi orang yang produktif sekiranya ada bantuan yang diberikan kepada mereka. Oleh kerana mereka juga merupakan sebahagian daripada entiti masyarakat maka Islam telah memfardukan kewajipan untuk mengeluarkan zakat kepada golongan ini. Itulah sebabnya zakat hanya layak diberi kepada lapan asnaf sahaja termasuklah kumpulan fakir dan miskin.

 

Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), kerajaan mengambil langkah untuk menambah baik pengurusan institusi berteraskan Islam, terutamanya berkaitan zakat, wakaf dan baitulmal sehingga menjadi mekanisme yang berkesan untuk memberi bantuan secara langsung kepada golongan miskin. Sumber dari baitulmal akan ditingkatkan dalam tempoh Rancangan untuk meningkatkan pembangunan Bumiputera dan masyarakat Islam lain.

 

Namun begitu berapa ramaikah di kalangan umat Islam hari ini yang sedar bahawa dana zakat mampu menjadi instrumen penting dalam mengurangkan jurang perbezaan agihan pendapatan dan seterusnya mengeluarkan golongan miskin kepada kehidupan insan yang lebih baik? Adakah kita telah bersedia menyahut seruan pemimpin negara untuk membasmi kemiskinan dengan menunaikan zakat? Jika belum, bermakna kita akan menghadapi saat kehidupan yang masih tidak berubah seperti dulu.

 

Dalam Surah at-Taghaabun ayat 17 Allah SWT telah berfirman yang bermaksud, "Jika kamu meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, nescaya Allah akan melipat gandakan kepadamu dan mengampuni kamu". Antara pengajaran daripada ayat tersebut ialah Allah SWT memberi jaminan bahawa jika kita menafkahkan ke jalan yang diredai oleh Allah nescaya Allah akan melipat gandakan rezeki kita.

 

Ini kerana dalam sistem ekonomi Islam, pemberian kepada orang yang berhak menerima bantuan merupakan jaminan untuk menstabilkan masalah ekonomi agar harta itu tidak tertumpu kepada hanya satu golongan sahaja.

 

Bahkan pengagihan pendapatan yang tidak seimbang juga boleh mencetuskan pergaduhan di kalangan masyarakat dan keadaan huru hara kepada sesebuah negara.

 

Dengan membayar zakat menjadikan diri kita lebih bersih dari dosa dan akhlak seperti bakhil dan kikir bahkan kita mendoakan kehidupan si miskin agar diberi ruang yang lebih selesa.

 

Allah SWT berfirman dalam surah alTaubah ayat 103 yang bermaksud, "Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan ingatlah Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".

 

Hubungan sosial yang terbentuk melalui kitaran keseimbangan ekonomi daripada golongan kaya kepada golongan miskin yang disalurkan melalui dana zakat mesti dilakukan dengan cara terhormat dan mementingkan kehendak mereka.

 

Disebabkan itu jugalah agihan bantuan mesti diberi dengan cara yang tidak menjejaskan maruah mereka sekalipun dianggap miskin.

 

Untuk merealisasikan hubungan ini maka Rasulullah SAW menekankan pentingnya peranan pemerintahan Islam untuk mewujudkan sebuah badan yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal golongan fakir miskin agar tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara.

 

Namun usaha itu tidak harus dihentikan begitu sahaja memandangkan cabaran untuk membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam juga semakin kompleks dan rumit. Takrif kemiskinan juga telah berubah berdasarkan peningkatan kos sara hidup, lokasi kediaman dan keperluan ahli isi rumah. Kesemuanya menuntut paradigma baru agihan zakat.

 

Kegagalan umat Islam untuk menyediakan sistem agihan dan bantuan kepada fakir miskin bukan sahaja akan meningkatkan kadar kemiskinan bahkan mencemarkan ajaran Islam yang berprinsipkan menjaga kebajikan sesama manusia.

 

 


 
News Archives
Home | About Us | Other Services | Career | Contact Us | Links
© Copyright 2010 Islamic Banking and Finance Institute Malaysia Sdn. Bhd.